2008年5月6日

博士,连我也能肯定这是不能被接受的。

新闻出处∶《每日新闻》

日期∶5-5-2008
人物∶Datuk Seri Dr. Rais Yatim 拿督斯里莱士雅丁博士
衔头∶马来西亚外交部长

场合∶在为马来西亚南印度武术协会日叻務支会举行开幕典礼后发表谈话。

用意∶被媒体问及有关外交部如何帮助那些被国际贩毒组织利用,然后被外国监狱扣押的大马女性时表示政府有意为那些要出国的单身马来西亚女性设下必须得到雇主或家庭的准许的条件,以免被国际犯罪集团利用,成为运毒工具。

喷饭政言∶“Ibu bapa atau keluarga perlu memberi perakuan. Sama ada cadangan itu diterima belum pasti, tetapi kita berpendapat ia langkah awal yang wajar difikirkan untuk selamatkan warga negara kita dan menjaga imej negara”

大意∶父母或家人需要提供知会。不肯定那意见是否会被接受,不过我们觉得这是值得考虑的初期步骤,以拯救我国公民和维护国家形象。

新闻全文:KUALA KLAWANG: Wanita Malaysia yang ingin ke luar negara berseorangan mungkin disyaratkan mendapatkan perakuan majikan atau keluarga bagi mengelakkan mereka diperangkap menjadi penghantar dadah oleh sindiket antarabangsa yang berpangkalan di luar negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perakuan itu bagi memastikan tujuan sebenar mereka ke luar negara sama ada untuk berkursus, berniaga atau belajar.
"Tindakan ini berikutan peningkatan kes wanita diperangkap sindiket dadah antarabangsa. Setakat ini 119 kes membabitkan warga negara ini ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah, 90 peratus daripada mereka wanita berusia antara 21 hingga 27 tahun," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri sudah mengemukakan laporan ke Kabinet, kelmarin mengenai cadangan itu.
"Kami sependapat, pendekatan kekeluargaan, keagamaan, undang-undang imigresen dan langkah pencegahan perlu diambil bagi memastikan tujuan seseorang wanita ingin keluar negara.
"Ibu bapa atau keluarga perlu memberi perakuan. Sama ada cadangan itu diterima belum pasti, tetapi kita berpendapat ia langkah awal yang wajar difikirkan untuk selamatkan warga negara kita dan menjaga imej negara," katanya selepas majlis perasmian Persatuan Silambam Malaysia Cawangan Jelebu di Dewan Petaling, dekat sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantuan yang diberikan kementerian kepada wanita negara ini yang ditahan di penjara dan dikurung sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan, dua wanita Malaysia, Norfaizura Azura Md Lias, 28 dan Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, ditahan di Malta kerana menyeludup dadah.
Mereka mendakwa ada sekurang-kurangnya 20 wanita Malaysia dikurung sindiket pengedaran dadah di Madrid, Sepanyol oleh sindiket pengedaran berpangkalan di negara itu.
Rais berkata, bagi mereka yang ditahan, kementerian hanya mampu memberi nasihat dan bimbingan kerana tidak boleh campur tangan atau mempengaruhi perundangan dan keadilan di negara asing.
"Namun, kita sudah membuat kajian latar belakang kes iaitu apa yang menyebabkan mereka terjerumus dalam pengedaran dadah, bagaimana sindiket itu bertapak di negara ini seterusnya menghindarkan kes ini pada masa akan datang," katanya.
Berdasarkan sumber Kementerian Luar, tahun lalu saja, 53 daripada 80 warga negara ini ditangkap kerana kesalahan mengedar dadah dihadapkan di mahkamah di seluruh dunia.
Jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya enam kes pada 2004, tiada kes pada 2005 dan empat kes pada 2006.
Manakala dari Januari hingga bulan lalu, 29 warga negara ini ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah dengan kebanyakan kes berlaku di China, Singapura, Malta, Brazil, Peru, Taiwan, Venezuela, India, Sepanyol dan Portugal.

没有评论: